05 April 2013

Assalamualaikum ♥

Hari berganti hari,masa berganti masa.Sekarang diri ni dah jejak kaki kat Malaysia.Cuti sementara kononnya.Rencananya nak berjumpa dengan ibu dan ayah tercinta kat Malaysia.Abah dah pun lama sampai kat Malaysia.Tunggu mak je nak sambut kepulangan .

Khamis 29 March; 1.00 petang.

"Mana mak ni?lama benor nak tunggu kat arrival", ngeluh kejap.

1 jam kemudian,dari jauh , tengok mak tolak trolly yang berat penuh dengan beg dan kotak kotak.Aku cuba sambut dengan tulis " Welcome Home pada ipad ". Konon anak yang sweet . Reaksi dia punyalah happy.

Salam. Peluk .Cium .

Waktu peluk, aku dapat rasakan mak dah makin kurus.Wajah pun dah mamah usia.Penat katanya.Aku dah mula sebak.Tapi simpan dalam hati.Takkan nak sambut dengan tangisan kan? Hihi.

Aku pun tolak trolley sampai pintu 5. Tunggu abah tercinta ambik.Sambil tu berborak.

"How's your study?", she asked.
"Macam tu jelah mak.Masih lagi usaha ".
"Takpe. Perlahan lahan boleh punya".

Kitorang pun naik kereta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8.00 pm

Mak baru bangun tidur.Dalam pukul 10 kitorang pergi makan dekat Fatimah Tomyam. Semua bergelak ketawa.Macam takde pape.

Balik tu mak dah mula rasa pening.Pegang dada.Katanya nak berehat.Katanya dah biasa waktu kat Jeddah dulu.Aku pun tutup lampu.Tutup pintu.

Borak borak dengan abang, dengar suara mak panggil. "Dya..Dya.."

Bukak pintu tengok mak terbaring sambil pegang dada.Menangis. Suruh paggil abah. Semua cuak. Tak pernah tengok mak sakit macam ni.Aku ternganga kejap.Blank.

Pergi dekat mak,paksa duduk supaya senang nak nafas.Mak menangis.Teresak esak. Paling aku tak tahan.Cuba juga nak tahan dari nangis,tunggu air mata nak jatuh je.Lembik jugak aku ni. Abah urut urut belakang.Semua dah tak tahu nak buat apa.

Capai handphone , call hospital nak masuk emergency . Aku pergi soap. Mak dari jauh panggil.Suruh teman.Terharu.Dari tadi asik panggil nama. Sedih sebab tak dapat nak buat pape. Abah bawak laju. Dlm 15 minute dah sampai Ijn. Laju ok -.-'

Sampai sana , mak dah tak tahan , katanya dada dia pedih .Sampai ke jaw.Naik atas bed,sepatutnya semua kena keluar.Tapi mak tak bagi aku keluar.Dia suruh duduk depan dia. Aku nangis lagi. Doctor sampai cek semua. Vasoconstriction katanya. Bagi ubat untuk kembangkan balik the blood vessels.Doc sarankan untuk cek lebih lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Finally ,after 30 minutes doc keluar. He asked same ada bypass surgery or nap ballon je. Kalau surgery perhaps takut susah and lama. Katanya cuti 2 minggu je so taknak surgery.Alhamdullillah. Masuk ward   CCU. Blood pressure from 175/118  turun.

Dia dah boleh senyum.

"Dya kalau nak balik balik lah k mak boleh tidur sini"
"Taknak.Nak tidur sini.Aircond"- cuba bagi alasan kejap.hihi


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4.00 AM

Tidur.Dalam gelap.Tapi mata still tak boleh nak lelap.Mak dah selamat masuk dalam mimpi dah.Aku still tak boleh.Still pandang monitor.BP jadi 166.Bagi aku tu still tinggi.Tapi tengok muka mak okay je.Tengok.Kelip.Tengok.Kelip....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

30 March 6.00 AM

Nurses mula datang untuk ECG.Pelawat pun mula datang. Kawan kawan yg kerja hospital pun mula datang melawat . Terharu tengok.Setiap 30 minute mesti ada datang melawat.BP mak naik lagi.Aku risau.Tapi dia kata sebab dia excited tengok ramai orang datang melawat.Hamboih -,-' Anak punya risau.Tapi dia relax and ketawa. True. Laughter is the best medicine.Haa :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lusa aku dah kena balik Indo.Cuba cari ticket yang paling lambat before class.Taknak balik awal.Pikirkan kesihatan orang tua.

Now alhamdullilah mak dah sihat sikit.Hati pun tenang.

Anyways, hargailah mak abah sekarang. Jangan sesekali abaikan diorang =')

3 comments:

HanisHafizah Haha Ismail said...

Lydia :') Kuat ok.? I know your mom is strong, because she has you.

Tengkubutang said...

174

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Lydia Rashid said...

thank you my dear.She's doing better now thanks darl =)